“Malulah kita yang normal ni” – Lelaki OKU Mental Mampu Pasang Bendera Dengan Betul, Siap Ingat Lagi Rukun Negara!

Entertainment
8 Aug 2025 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ogos menjadi bulan yang sangat istimewa buat rakyat Malaysia kerana pada bulan ini kita menyambut Hari Kebangsaan sebagai memperingati negara bebas dari belenggu penjajah.

Pada bulan ini, kita digalakkan untuk memasang dan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme.

Lelaki OKU mental pasang bendera

Tular satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki OKU mental dipuji kerana tiada masalah untuk memasang Jalur Gemilang dengan betul.

Lelaki yang dikenali sebagai Rahim itu telah diminta oleh seorang TikToker untuk memasang bendera Malaysia dengan kedudukan yang betul dan dia bersetuju untuk melakukannya.

“Rahim, dia ada masalah mental. Rahim, ni bendera Malaysia dan getah paip. Abang nak kau pasang Jalur Gemilang ni kat sini (batang paip), tengok kau boleh pasang ke tidak,” kata TikToker Zuhan.

Dapat dilihat, Rahim berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dengan baik walaupun kita sedia maklum mengenai perbezaannya.

image is not available

Lancar baca rukun negara

Bukan itu sahaja, Rahim turut diuji untuk membacakan lima rukun negara dan tidak disangka dia dapat menyebutnya dengan begitu lancar.

“Jadi korang tengok, Rahim pun pasang bendera dengan betul. Lima rukun negara pun masih ingat dan hafal, andai kita rakyat Malaysia takde semangat patriotik, cintakan negara…sebaiknya pulanglah ke tempat asalmu,” ujar Zuhan.

Dalam pada kagum dengan pengetahuan asas Rahim, netizen turut mempersoalkan beberapa pihak yang masih gagal untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan betul sehingga perkara itu menjadi isu sensasi setiap tahun.

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada kisah Rahim ini.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.