“Malunya Syaikhul & Sumayyah dapat ayah macam ni” – Puteri Sarah Respon Posting Syamsul Yusof

Entertainment
10 Jan 2023 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal pagi ini, pengarah dan pelakon utama filem Munafik, Syamsul Yusof telah memuat naik posting ucapan ‘semangat’ kepada kedua-dua isterinya itu.

Ia membuatkan Puteri Sarah Liyana, isteri pertama Syamsul Yusof terpanggil dan terus memberikan respon menerusi IG Story miliknya.

 

“Malunya ya Allah, Syaikhul & Sumayyah dapat ayah macam ni”

Dalam perkongsian itu, Puteri Sarah menyatakan bahawa orang yang jahil akan tetap serlahkan kejahilannya walaupun nampak seperti orang yang berilmu.

Katanya lagi, dia dah cuba untuk berdiam diri dengan apa yang telah dilakukan, namun dia begitu kecewa dan malu bagi pihak keluarga dan anak-anak.

“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tak boleh jauhkan mereka dari guna telefon. Tolonglah jangan sakitkan hati anak, fikir balik sebelum nak post apa-apa.”

image is not available

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga meminta agar Syamsul Yusof untuk menjaga sensitiviti terhadap anak-anaknya dan keluarganya sebelum meluahkan rasa malu kerana kedua-dua anak mereka ini memiliki ayah seperti Syamsul Yusof.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.