“Mama Dan Buya Dah Bagi ‘Lampu Hijau’ Untuk Kahwin – Syed Saddiq

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 12:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan meneruskan perancangan perkahwinannya bersama tunang, Bella Astillah selepas menerima ‘lampu hijau’ daripada kedua-dua ibu bapanya.

Perkara itu dikongsikan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebas dan melepaskan beliau daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), enam tahun lalu.

Advertisement

se

Syed Saddiq, 34, berkata ibu bapanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Al-Sagoff, sudah memberikan isyarat positif untuk beliau melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang melalui proses perundangan tersebut.

“Saya turut ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga khususnya Mama dan Buya (ayah). Kalau tahu apa yang mereka lalui, khususnya mama saya, memang bukan mudah.”

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut berterima kasih kepada Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, yang disifatkan tetap setia berada di sisinya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tunang saya yang setia bersama. Bukan mudah kerana sebelum dia bersama saya, saya adalah seorang yang disabitkan kesalahan (di peringkat Mahkamah Tinggi).”

“Namun dia tetap bersama saya dan Alhamdulillah hari ini saya dapat menghargai semangat serta jasanya,” katanya kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman, hari ini.

Menurut Syed Saddiq, ibu dan bapanya memberikan isyarat positif itu sejurus selepas beliau selesai melakukan sujud syukur susulan keputusan mahkamah.

“Insyallah Dipercepatkan” – Selepas Kekal Bebas, Syed Saddiq Jawab Pertanyaan Mengenai Perancangan Perkahwinan Dengan Bella

“Tadi ayah dengan Mama sudah memberikan isyarat positif supaya dapat meneruskan langkah seterusnya selepas ini.”

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara peribadinya ketika berada di mahkamah kerana mahu menghormati institusi kehakiman negara.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah saya sudah mendapat lampu hijau daripada Mama dan Buya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membebas dan melepaskan Syed Saddiq daripada sabitan serta hukuman terhadap empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Mama Dan Buya Dah Bagi ‘Lampu Hijau’ Untuk Kahwin – Syed Saddiq2026-07-13 11:43:31

"Insyallah Dipercepatkan" - Selepas Kekal Bebas, Syed Saddiq Jawab Pertanyaan Mengenai Perancangan Perkahwinan Dengan Bella

The post “Mama Dan Buya Dah Bagi ‘Lampu Hijau’ Untuk Kahwin – Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved