“Mama Jangan, Sakit!” – Mengadu Pedih Bila Buka Seluar, Bapa Kantoi Jadikan Anak Pemuas Nafsu

Family & Parenting
24 Jun 2022 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Viral di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Natipah Abu yang berkongsi kisah hitam yang terjadi kepada anak kepada satu pasangan suami isteri ini telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Natipah menceritakan bagaimana kanak-kanak itu telah menjadi mangsa cabul oleh bapanya sendiri.

Kisah bermula apabila berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri lalu si suami itu telahvmeminta izin untuk membawa anak mereka ke rumah ibu mertuanya.

image is not available

Namun, sebaik pulang dari rumah mertua, anak kecil itu terus memeluk erat si ibu dalam keadaan teresak-esak sambil memberitahu mulutnya sakit sambil menunjukkan mulutnya.

Malah, apabila ditanya apa yang dimaksudkan oleh kanak-kanak tersebut,mangsa telah memegang alat kemaluan ibunya seperti mencari sesuatu.

Berasa tidak sedap hati, si ibu kemudian terus membawa anaknya ke dalam bilik air namun apabila mahu membuka seluar, anaknya tiba-tiba menangis.

Mama jangan, pedih! sakit.. abah wat.. abah pegang pet-pet, pungkoq..

image is not available

Apa yang lebih menyedihkan, ketika wanita itu ingin memakaikan pampers untuk anaknya yang berusia 2 tahun itu, dia mendapati kemaluan anaknya merah dan berada dalam keadaan yang ‘lain’.

Malah, anaknya sendiri telah menunjukkan sendiri aksi yang diperlakukan terhadapnya kepada wanita itu.

Adik diri, abah duduk macam ni macam ni.. Abah boh ubat mulut ni..

Akhirnya, wanita itu telah memutuskan untuk membawa anaknya ke hospital dan kini sedang dalam proses menuntut keadilan buat anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Perut Besar Pun Buat Tak Nampak"- Penat Minta Tempat Duduk Dalam LRT, Ibu Hamil Luah Rasa Kecewa