“Mama Setiap Bulan Bagi Dia Duit, Elak Diganggu” – Cik B Dedah Trauma Dengan Bapa Kandung

Family & Parenting
5 Jul 2024 • 2:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
cik b

Baru-baru ini, Cik B mengundang perhatian ramai apabila menghadiahkan ibunya, Datuk Seri Vida sebiji kek sempena hari bapa.

Menurut Cik B, mamanya adalah ibu, bapa, kakak dan kawan baik tempat dirinya bermanja. Malah, tugas seorang ayah digalas DS Vida semenjak Cik B masih kecil.

Melalui segmen podcast Bukak Mulut, remaja berusia 19 tahun ini mendedahkan hubungannya dengan bapa kandung tidak begitu baik.

image is not available

Mereka langsung tidak berhubung dan Cik B tiada perasaan rindu terhadap individu tersebut. Malah, pengalaman lalu menyebabkan Cik B trauma dengan lelaki.

Apa dia buat dekat mak saya, depan mata saya tu tak dapat saya lupa. Memang sangat teruk. Saya memang protect mama sangat-sangat.

Dia selalu minta nombor saya dekat staf yang selalu bagi dia duit. Sebab mak saya memang setiap bulan akan bagi dia duit. Untuk elak dia ganggu.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata lagi, trauma juga menyebabkan dia mahu melindungi ibunya selagi terdaya.

Kredit: Youtube Audio+

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved