“Mama tolong ambikkan ye” – Sempat Habiskan Pengajian, Nora Sebak Terima Diploma Arwah Anak

Entertainment
30 Nov 2022 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila masuk akhir tahun, sudah menjadi kebiasaan banyak institusi pengajian yang mengadakan majlis graduasi atau hari konvokesyen dan sudah pastinya ia sesuatu yang paling ditunggu-tunggu oleh mahasiswa setelah lama berhempas pulas menghabiskan pengajian mereka.

Seperti yang ramai sudah tahu, penyanyi ternama Datuk Nora Ariffin kehilangan anak keduanya Muhammad Syakir Aliff pada tahun 2019.

Menurut Utusan Malaysia, Muhammad Syakir Alif Johan menerima Diploma Perfileman pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-95, semalam.

“Alif.. ini adalah untuk kamu. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah, tahniah.

Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anakanda, Alif Johan yang sempat habiskan diploma sebelum kembali ke rahmatullah. Moga Alif tenang di sana.” tulisnya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu turut memberikan penghargaan kepada semua tenaga pengajar, khususnya di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) serta rakan-rakan arwah yang sentiasa memberi sokongan kepada Alif.

“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA & sahabat2 yg memberi sokongan pada Alif selama hayat dia.Thank you UITM, moga legacy arwah dapat diteruskan.

Al- fatihah.” tulisnya lagi.

Di dalam ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat yang mengucapkan tahniah serta mendoakan arwah anaknya itu.

image is not available

Al-Fatihah…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.