“Mama Tumbuk Mata, Ayah Campak…” – Budak 6 Tahun Berjaya Larikan Diri, Tak Tahan Didera Bapa Kandung & Ibu Tiri

14 Sep 2023 • 10:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial rakaman seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Waldan berjaya melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan menjadi mangsa dera ibu bapanya.

Menerusi video itu, kanak-kanak tersebut menceritakan tindakan kejam ibu bapanya malah boleh dilihat di tangan dan bahagian muka kesan-kesan parut akibat kecederaan dialaminya.

Cerita Waldan, ibunya yang dipanggil ‘Mama’ pernah menumbuk matanya dan ketika itu bapanya sedang bekerja di Melaka.

Lepas tu ayah balik, bergaduh. Sampai ayah campak Waldan.

image is not available

Dia juga diberikan makan nasi hanya berlaukkan garam, cili dan serbuk lada hitam. Malah, akibat teruk didera Waldan sudah lama tidak hadirkan diri ke sekolah.

Kata kanak-kanak itu lagi, dia berjaya melarikan diri mengikut pintu dapur dan terus meninggalkan ibunya dengan adik di rumah.

image is not available

 

Ibu bapa sudah ditahan

Susulan itu, sepasang suami isteri dilaporkan telah ditahan akibat lapoarn mendera anak lelaki berusia 6 tahun itu di Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol. Superintendan Hoo Chang Hook siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu sehingga kini.

Mangsa telah dipukul ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, senduk kayu, ditendang dan dirotan.

image is not available

Tambahnya, tiga lagi adik beradiknya tidak didera dan kanak-kanak tersebut kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Bapa kandung berusia 27 tahun yang bekerja di kilang kayu dan ibu tiri berusia 31 tahun ditangkap pada hari sama. Mereka direman untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

image is not available 1 month ago

"Sampai Berlubang Badan" - Jiran Serbu Rumah, Ibu & Kekasih Pengkid Kantoi Dera Anak Lelaki Umur 7 Tahun