MamaKerja 2026: Permohonan Insentif RM1,000 Wanita Bekerja Mulai Ogos

LocalFamily & Parenting
23 Jul 2026 • 12:03 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kerajaan Negeri Selangor akan membuka permohonan fasa baru insentif MamaKerja bermula Ogos ini melalui aplikasi Nine.

MamaKerja adalah salah satu insentif yang dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2026 yang bertujuan mengurangkan beban kewangan ibu bekerja dalam urusan penjagaan anak.

Ibu yang layak boleh mendapatkan bantuan tunai RM1,000 jika mempunyai sehingga tiga anak berusia bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan.

Rujuk info lebih terperinci mengenai syarat-syarat dan cara permohonan di bawah.

Image from: MamaKerja 2026: Permohonan Insentif RM1,000 Wanita Bekerja Mulai Ogos

Apa Itu Insntif MamaKerja?

Insentif MamaKerja adalah bantuan tunai khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyokong ibu bekerja yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah.

Sejak dilancarkan, Kerajaan Negeri talah menerima 5,595 permohonan dan seramai 3,850 ibu bekerja telah menerima insentif ini.

Kini, melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, Kerajaan Negeri Selangor menambah lagi peruntukan RM5 juta yang menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta untuk memanfaatkan 10,000 ibu bekerja Selangor.

Insentif ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan tetapi juga mengiktiraf peranan penting wanita dalam ekonomi negeri dan membantu mereka terus aktif dan produktif dalam pasaran tenaga kerja sambil mengurus keluarga dengan lebih baik.

Image from: MamaKerja 2026: Permohonan Insentif RM1,000 Wanita Bekerja Mulai Ogos

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka pada bulan Ogos dan tarikh permohonan spesifik akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jumlah Insentif

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000.

Sasaran Insentif

Sasaran utama insentif MamaKerja adalah ibu bekerja di Selangor yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan untuk membiayai kos penjagaan dan asuhan anak-anak mereka.

Program ini menyasarkan kira-kira 10,000 ibu bekerja Selangor yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah.

Syarat Kelayakan

  1. Wanita bekerja dan bermajikan.
  2. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  3. Mengundi di Selangor.
  4. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  5. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  6. Mempunyai anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  7. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

Cara Permohonan

Permohonan insentif ini boleh dibuat di aplikasi Nine yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.

Soalan Lazim

Apa itu insentif MamaKerja?

Insentif tunai sebanyak RM1,000 untuk wanita bekerja di Selangor bagi meringankan beban penjagaan anak-anak berumur 12 tahun dan ke bawah.

Bilakah permohonan insentif ini dibuka?

Permohonan rasmi dibuka mulai Ogos 2026.

Siapakah yang layak memohon?

– Wanita bekerja dan bermajikan.
– Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin lebih dari 10 tahun).
– Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.
– Mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
– Mempunyai akaun LHDN atau KWSP.
– Bukan penerima bantuan lain seperti ASUH, PINTAR, TUNAS, dan BINGKAS.

Adakah ibu yang tidak bekerja boleh memohon insentif ini?

Ibu yang tidak bekerja tidak layak memohon insentif ini kerana salah satu syarat utama adalah pemohon mesti wanita bekerja dan bermajikan. 

Bagaimana cara permohonan insentif ini boleh dibuat?

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui aplikasi Nine yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif MamaKerja, sila rujuk saluran berikut:

Baca juga: Iltizam Keusahawanan Selangor – Senarai Bantuan untuk Usahawan/Peniaga

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved