Semakan keputusan penempatan Tahun 1 bagi sesi akademik tahun 2027 boleh disemak bermula 1 hingga 31 Ogos 2026 melalui pautan https://idme.moe.gov.my.
Sekiranya tidak mendapat sekolah dipilih, , ibu bapa/penjaga boleh membuat rayuan dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan dikeluarkan. Walau bagaimanapun keputusan rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat di sekolah yang dipilih.
Kepada ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2026, sila ambil maklum tarikh penting untuk semakan dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.
Surat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak kelak.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2027.
Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2027
Dimaklumkan keputusan penempatan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027 boleh disemak mulai 1 Ogos 2026 (Sabtu) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe) di pautan berikut – https://idme.moe.gov.my/login
- Rayuan hanya melalui sistem idme – dibuka mulai 1 Ogos – 31 Ogos 2026. Sila login ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk rayuan.
MAKLUMAN TAMBAHAN (Sekiranya RAYUAN tidak berjaya)
- Sekiranya keputusan rayuan TIDAK BERJAYA – ibu bapa penjaga perlu sahkan penempatan yang telah diberi sebelum ini. Mohon hubungi PPD atau JPN untuk maklumat lanjut.
- Sekiranya rayuan BERJAYA – ibu bapa perlu sahkan penerimaan sekolah berdasarkan kelulusan rayuan tersebut.
Cara Semak Penempatan Tahun 1 2027
Rujuk langkah bergambar di bawah:
LANGKAH 1 – Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login

LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu (rujuk gambar) dan, klik Aplikasi

LANGKAH 3 – Klik Permohonan Kemasukan

Klik bahagian menu di bawah

Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.
LANGKAH 4 – Klik Pendaftaran Tahun 1 2027
Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut:

LANGKAH 5 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.
Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah.
Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan
TINDAKAN IBU BAPA
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Cara Buat Rayuan Penempatan Tahun 1 Sesi 2027
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan.
Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak bersetuju dengan penempatan yang dipaparkan, mereka boleh membuat rayuan.
Bersama-sama ini juga disertakan manual pengguna bagi rujukan tuan/puan.
MANUAL PENGGUNA: PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN SEKOLAH
- Untuk membuat rayuan bagi penempatan yang lain, klik pada butang Rayuan.
- Sistem akan memaparkan maklumat murid dan juga pilihan bagi sekolah rayuan serta alasan / sebab rayuan dibuat.
- Klik pada kotak pilihan bagi pengesahan maklumat.
- Tekan pada butang hantar rayuan untuk meneruskan permohonan rayuan.
PERHATIAN
- Rayuan akan dipertimbang berdasarkan alasan/sebab yang kukuh dan bergantung kepada kekosongan
- Setiap permohonan hanya boleh menghantar sekali sahaja rayuan
- Sila pastikan alasan/sebab yang betul sebelum hantar rayuan

- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
TINDAKAN SEKOLAH
- MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
- Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
- Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.
LANGKAH RAYUAN TAHUN 1 JIKA TIDAK SETUJU SEKOLAH YANG DITEMPATKAN:
- Login https://idme.moe.gov.my/login
- Klik pengesahan penempatan
- Cetak surat tawaran
- Mohon RAYUAN (dalam sistem idMe) mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026.
Terlupa Kata Laluan
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
- Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
- Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak.
Soalan Lazim Semakan Tahun 1 Sesi 2027
Bilakah keputusan penempatan Tahun 1 bagi Sesi Akademik 2027 akan diumumkan?Keputusan penempatan rasmi akan diumumkan mulai 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2026.
Di manakah semakan keputusan boleh dibuat?Semakan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi Sistem Bersepadu KPM (idMe) di bawah Modul Pengurusan Awam. Tiada surat fizikal akan dihantar ke rumah.
Siapakah kanak-kanak yang terlibat dalam semakan penempatan sesi 2027 ini?Semakan ini adalah untuk kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah didaftarkan awal tahun lalu, terdiri daripada:
Kohort 7 Tahun (6+): Lahir pada 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.
Kohort 6 Tahun (5+): Lahir pada 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022 (Kemasukan awal secara sukarela).
Jawapan: Ibu bapa/penjaga wajib membuat Pengesahan Penempatan (Perakuan Online) di dalam sistem idMe dalam tempoh 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026. Sila klik butang perakuan terima yang disediakan.
Tidak boleh. Kegagalan membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran penempatan tersebut dianggap batal atau menyukarkan urusan pendaftaran fizikal anak di sekolah.
Adakah saya perlu mencetak dokumen penempatan selepas membuat pengesahan?Ya. Anda dikehendaki mencetak Surat Kelulusan Penempatan dan Borang Perakuan dari sistem idMe. Dokumen ini perlu disimpan dengan selamat untuk dibawa semasa hari pendaftaran fizikal di sekolah nanti.
Saya tidak berpuas hati dengan sekolah yang diluluskan. Bagaimana cara untuk menukar sekolah?Anda boleh mengemukakan Permohonan Rayuan Penempatan secara online melalui sistem idMe yang sama. Tempoh permohonan rayuan dibuka dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026.
Bolehkah saya terus menekan butang rayuan tanpa mengesahkan sekolah asal?Tidak boleh. Butang rayuan hanya akan aktif dan boleh ditekan selepas ibu bapa/penjaga selesai melaksanakan proses perakuan terima/pengesahan sekolah asal di dalam sistem.
Adakah permohonan rayuan boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang di sekolah atau PPD?Tidak boleh. Tiada lagi proses rayuan secara manual. Semua permohonan rayuan penempatan mestilah dihantar secara digital melalui portal idme.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan idMe semasa hari semakan?Anda boleh menekan pautan “Lupa Kata Laluan” di skrin log masuk idMe KPM untuk menetapkan semula kata laluan baharu melalui e-mel yang telah didaftarkan.





