Mamat Exists Nikah Tahun Depan, Wanita Usia 41 Tahun Jadi Pilihan

23 Nov 2026 • 11:27 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Mamat Exists Nikah Tahun Depan, Wanita Usia 41 Tahun Jadi Pilihan

Vokalis Exists, Mamat melahirkan hasrat berkahwin pada tahun hadapan selepas menduda selama 17 tahun.Mamat atau nama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 48, memberitahu perancangan tersebut diambil selepas selamat bertunang dengan wanita pilihannya pada 22 November 2026.“Kami merancang menikah pada tahun hadapan.“Semoga kami dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berjodoh untuk menikah pada tahun hadapan.“Doakan saya dan tunang saya ya,” ujar Mamat menerusi pesanan suara yang dihantar menerusi WhatsApp.Mamat kemudian memperincikan butiran calon isterinya.“Tunang saya namanya Hariana Harani atau Yana. Berusia 41 tahun, berasal dari Kulai, Johor,” ujarnya lagi.Yana merupakan seorang ibu tunggal empat anak yang sudah dikenalinya sejak setahun lalu, namun mula serius mengambil keputusan hidup bersama sejak lima bulan lalu.Pelantun lagu Rahsia Pohon Cemara itu juga memberitahu majlis pertunangan yang berlangsung semalam berjalan lancar.“Majlis pertunangan saya hari ini, 22 November 2026 berjalan dengan lancar dan baik.“Terima kasih kepada semua yang mendoakan, kata Mamat.Mamat pernah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 tetapi bercerai pada 2009.Hasil perkahwinan dengan Marshila, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, 24, Mohd Eiki Daniell, 22, dan Dylea Mysara, 20.Dia turut mempunyai seorang cucu perempuan berusia lima tahun hasil perkahwinan anak keduanya, Eiki Daniell.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved