
Reaksi seorang kanak-kanak lelaki yang menangis selepas menonton temuramah ibu bapanya di sebuah rancangan bual bicara terkenal, Malaysia Hari Ini (MHI) menjadi tular di media sosial.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Nurul Nadia, anak sulungnya menangis ketika menonton temu ramahnya, seolah-olah memahami pergorbanan yang dialami ibunya.
Difahamkan, temu ramah itu sempena topik inspirasi menjaga seorang suami yang terlantar dua tahun dan membesarkan dua orang anak.
Artikel berkaitan: “Maafkan mommy” – Ibu Menangis Lihat Lukisan Anak Sulung, Luah Rasa Terabai
Artikel berkaitan: “Mungkin terlalu penat” – [VIDEO] Ibu Menangis Depan Anak Sulung Sambil Dodoikan Anak Bongsu
“Reaksi anak sulung tengok mami & papa kat MHI. Ya Allah, tak sangka langsung dia akan menangis.
“Mami faham perasaan abang…Ya Allah kuatkan hati anak aku,” tulisnya di video berkenaan.
@mrsnadiawi Sabar ya abg #fyp
Kisah Nurul Nadia sebelum ini pernah tular di media sosial, di mana suaminya Muhammad Sakhawi Shah Ariffin sudah dua tahun terlantar akibat Arteriovenous fistulas (AVF) dan hidrosefalus atau sakit saraf otak serta lebihan cecair dalam kepala.
Baginya, apa pun terjadi dia tetap akan bersama suaminya dan tabah demi membesarkan dua zuriat mereka yang kini berusia empat serta tujuh tahun.
Menurut Nadia, keadaan kesihatan suaminya banyak berubah selepas dia menunjukkan simptom awal penyakit iaitu kerap sakit kepala serta muntah pada 2020.

Di sebalik ujian ditempuhinya, Nurul Nadia sedar dia tidak boleh terlalu bersedih kerana ramai yang senasib, malah ada lebih teruk keadaannya.
Allahu… besar dugaan yang dihadapinya…
Sumber: TikTok, Harian Metro
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![Ramai Sebak Lihat Anak Kecil Menangis Sebaik Nampak Bapa Pulang Dari Kerja Kerana Rindu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
