Man. City beli Anderson RM630j

FootballSports
29 Jul 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Man. City beli Anderson RM630j

LONDON: Pemain tengah England, Elliot Anderson melengkapkan perpindahan ke Manchester City dengan nilai 116 juta pound (RM630 juta) daripada Nottingham Forest.

City mengesahkan Anderson menandatangani kontrak selama lima tahun di Stadium Etihad dengan pilihan lanjutan selama 12 bulan lagi.

Perjanjian itu sebenarnya sudah dipersetujui awal bulan ini, namun hanya dimuktamadkan kelmarin selepas pemain berusia 23 tahun itu pulang daripada tugasan Piala Dunia.

Anderson mengakui teruja dapat menyertai salah sebuah kelab terbesar dunia dan tidak sabar untuk memulakan cabaran baharu bersama juara England itu.

“Saya benar-benar gembira dapat berada di sini. Ini kelab yang dibina untuk memenangi trofi dan bersaing di tahap tertinggi. Ia sesuatu yang mengujakan buat mana-mana pemain.

“City adalah pasukan yang sentiasa mahu menang dan tidak pernah berpuas hati. Itulah pasukan yang saya mahu sertai. Sejak 10 atau 12 tahun lalu mereka mendominasi, sebab itu saya pilih datang ke sini,” katanya.

Anderson turut mengakui sudah tidak sabar beraksi dalam aksi derbi Manchester apabila City dijadual bertemu musuh tradisi, Manchester United di Old Trafford pada 13 September depan.

“Ia antara derbi terbesar di dunia dan sejak saya mengenali Manchester, City adalah Raja Manchester. Ia pasti perlawanan yang hebat dan saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

Anderson merupakan produk akademi Newcastle United dan membuat 55 penampilan bersama skuad utama kelab itu sebelum berhijrah ke Nottingham Forest dua tahun lalu.

Prestasi cemerlang musim lalu menyaksikannya menerima panggilan pertama ke skuad England sebelum muncul sebagai tonggak penting pasukan kendalian Thomas Tuchel yang menamatkan kempen Piala Dunia di tempat ketiga.

Perpindahan Anderson berlaku hanya beberapa hari selepas rakan sepasukan England, Morgan Rogers, menyertai Chelsea dari Aston Villa dengan rekod perpindahan pemain Britain paling mahal. – AGENSI/UTUSAN

The post Man. City beli Anderson RM630j appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved