
MANCHESTER: Manchester City mengikat pemain sayap Senegal, Iliman Ndiaye dengan nilai perpindahan 65 juta pound (RM355 juta).
City akan membayar 60 juta pound (RM327 juta) sebagai bayaran awal dengan tambahan 5 juta pound (RM27 juta) bonus kepada Everton bagi mendapatkan Ndiaye.
Tottenham turut dikaitkan dengan Ndiaye, namun City memenangi persaingan mendapatkan tandatangan pemain berusia 26 tahun itu.
Minat City terhadap penyerang Liverpool, Cody Gakpo tidak kesampaian selepas The Reds enggan melepaskan pemain itu pada penghujung jendela perpindahan.
Situasi itu menyebabkan City mengalihkan perhatian kepada Ndiaye, yang dijangka menjalani pemeriksaan perubatan bagi melengkapkan perpindahan sebelum tarikh tutup jendela perpindahan.
Ndiaye menyertai Everton dari Marseille dengan nilai 15 juta pound (RM81 juta) dua tahun lalu dan menjaringkan enam gol untuk skuad kendalian David Moyes musim lalu.
Perpindahan Ndiaye ke City dijangka berlaku selepas kelab itu melengkapkan pembelian pemain sayap Brazil, Allan Elias dari Palmeiras dengan nilai 34.2 juta pound (RM186 juta), kelmarin.
Ndiaye akan menjadi pemain keempat berprofil tinggi yang ditandatangani City sejak penghujung musim lalu selepas ketibaan Elliot Anderson, Ayyoub Bouaddi dan Allan. – AGENSI/UTUSAN
The post Man. City beli Ndiaye RM355 juta appeared first on Utusan Malaysia.

