PUTATAN: Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Putatan dijangka berpindah ke bangunan baharu yang siap dibina hujung tahun ini, sekali gus menyediakan kemudahan lebih baik serta persekitaran lebih kondusif bagi urusan perkhidmatan awam.
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Shahelmey Yahya, berkata fasiliti baharu itu akan meningkatkan keberkesanan mahkamah dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat.
“Bangunan baharu ini akan menawarkan keselesaan yang lebih baik dan meningkatkan keberkesanan Mahkamah Anak Negeri Putatan dalam melaksanakan tugas untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika melancarkan Program Jejau Komuniti Mahkamah Anak Negeri Putatan di Dataran Pomoi, di sini, Isnin.
Shahelmey turut memuji usaha proaktif Mahkamah Anak Negeri mendekati orang ramai, sambil menyifatkan program jejau itu sebagai wadah penting untuk mengukuhkan hubungan komuniti serta meningkatkan kesedaran mengenai peranan dan perkhidmatan mahkamah.
Pengunjung program berkenaan mendapat pendedahan mengenai tuntutan harta pusaka, prosedur pengangkatan anak, permohonan taraf anak negeri serta perkara lain di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 (Pindaan 1995).
Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat itu juga mengambil kesempatan menekankan prestasi kukuh ekonomi Sabah di bawah kerajaan sekarang. Beliau berkata hasil negeri mencatat sejarah apabila melebihi RM7 bilion, manakala rizab negeri hampir mencecah RM8 bilion.
“Pencapaian ini membolehkan kerajaan memperkasa pelbagai inisiatif untuk rakyat, termasuk program Rumah Mesra SMJ, bantuan pendidikan, peranti digital untuk pelajar serta peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian dan pelancongan,” katanya.
Beliau berkata pertumbuhan ekonomi itu mencerminkan komitmen kerajaan memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara meluas oleh rakyat.