
Bagi meraikan ulang tahun ke-25 model lagenda R1, Yamaha Motor Europe memperkenalkan R1 GYTR PRO 25th Anniversary Limited Edition, sebuah jentera yang dibina seakan sama spesifikasi dengan motosikal WorldSBK sebenar. Hanya 25 unit sahaja dihasilkan untuk seluruh Eropah dan dua unit daripadanya tersedia di Perancis, menjadikannya antara jentera paling eksklusif pernah ditawarkan Yamaha.
Apa yang menjadikan edisi ini begitu istimewa adalah pemasangan tangan oleh juruteknik berpengalaman di GYTR PRO Shop, lengkap dengan set penuh komponen GYTR PRO yang terus berasal daripada pembangunan pasukan Yamaha dalam Kejuaraan Dunia Superbike dan Endurance.
Komponen Bertaraf Dunia
Jentera ini dilengkapi dengan teknologi dan bahagian yang hanya boleh ditemui pada motosikal perlumbaan:
– Elektronik Magneti Marelli dengan fungsi turn-by-turn seperti WSBK & MotoGP
– Suspensi Öhlins FGR400 & YA969 yang digunakan di peringkat kejohanan dunia
– Swingarm factory, rim Marchesini, dan tangki bahan api perlumbaan
– Sistem ekzos Akrapovic high-volume terus daripada spesifikasi WSBK
– Set lengkap brek Brembo monoblock & cakera T-Drive untuk kuasa henti maksimum
– Enjin GYTR kit termasuk camshaft, valve spring, dan intake horns berprestasi tinggi
Setiap perincian, daripada rangka serat karbon, cockpit perlumbaan, hingga radiator berkapasiti besar MB Motorsport, dibina dengan tujuan tunggal iaitu mencipta sebuah jentera yang mampu menandingi mesin perlumbaan rasmi Yamaha.
Hasil Ujian Pelumba Dunia
Pembangunan R1 GYTR PRO ini melibatkan bintang WSBK seperti Toprak Razgatlıoğlu, Andrea Locatelli, serta pelumba ujian Niccolò Canepa. Hasilnya, lahirlah sebuah mesin yang bukan sahaja untuk dipamerkan, tetapi benar-benar mampu memberikan pengalaman setaraf pelumba dunia di litar.
Eksklusif & Bernilai Tinggi
Dengan harga sekitar €159,000 (anggaran RM815,000), R1 GYTR PRO 25th Anniversary bukan sekadar motosikal, ia adalah karya eksklusif yang menggabungkan teknologi perlumbaan sebenar, edisi terhad, dan nilai koleksi yang luar biasa.
Bagi peminat Yamaha, inilah peluang untuk memiliki “Ultimate Track Weapon”, jentera yang benar-benar membawa DNA juara dunia ke tangan pelanggan terpilih.
Teruskan bersama Two Wheels..!
The post Yamaha R1 GYTR PRO 25th Anniversary – Senjata Litar Paling Eksklusif appeared first on TW Media.
