“Mana acah-acah peguam kau?” – Fara Salleh ‘Naik Angin’, Shuk Sahar Didakwa Elak Panggilan Mahkamah

Entertainment
29 Aug 2025 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isteri kepada pelakon dan pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menerusi laman Instagram meluahkan rasa marahnya terhadap suaminya itu.

Fara mendakwa suaminya enggan menjawab panggilan Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor yang ingin memberitahu bahawa kes mereka ditangguhkan pada tarikh 3 September hadapan.

Lebih menyedihkan, Fara mendakwa keluarga Shuk juga tidak memberi respon malah abang Shuk berkata dia menghubungi nombor yang salah tetapi gambar profil masih sama.

image is not available

“Sampai bila aku nak hadap sial keluarga ini? Daripada mak bapa sampai anak semua jahat nak mampus. Perkara mudah je.

Aku nak selesaikan mahkamah untuk pendaftaran perkahwinan dan nak buat pengesahan perceraian. Itu sahaja lah.

Pagi Jumaat mahkamah telefon bagitahu perkara ini. Daripada sebelum hamil aku berlawan untuk pendaftaran sampai mengandung sampai kena cerai, sekarang bersalin dan ada anak.

Kalian tolong bagitahu dia mahkamah pada 3 September jam 8.30 pagi,” tulisnya.

Fara juga menyatakan tujuannya memuat naik IG Story berkenaan supaya Shuk membacanya dan tidak memberikan alasan ‘tidak diberitahu’.

Sebagai info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.