“Mana mak ayah dia?” – Budak 2 Tahun Tiba-tiba Lintas Jalan, Nyaris Dilanggar Kereta

Entertainment
22 Sep 2023 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial rakaman dashcam yang memaparkan seorang budak perempuan berusia dua tahun nyaris dilanggar selepas didapati secara tiba-tiba cuba melintas jalan secara berseorangan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 6.51 pagi ketika banyak kenderaan dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing.

Mujur, budak itu terselamat apabila kenderaan pemilik dashcam sempat membrek daripada melanggarnya yang ketika itu sudah berada di tengah jalan.

Menerusi rakaman video itu juga terdengar dentuman kuat dipercayai kenderaan pemilik dashcam tersebut telah dirempuh kenderaan lain selepas dia memberhentikan kenderaan secara mengejut bagi mengelak daripada melanggar mangsa.

Kelihatan juga seorang lelaki segera mendukung budak itu sebelum diserahkan kepada seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Difahamkan sebelum kejadian, wanita itu menyeberangi jalan menghantar seorang lagi anaknya ke sekolah tanpa menyedari mangsa yang ketika itu berada dalam kenderaan keluar bersendirian dari kereta.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Arshad Abu yang mengesahkan insiden itu berkata, berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Honda CBR250 dan sebuah kereta Perodua Myvi.

Pemandu yang merupakan seorang guru tidak cedera manakala penunggang motosikal mengalami luka dan cedera ringan akibat pelanggaran itu.

Video tular itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mengkritik sikap penjaga budak yang cuai sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Difahamkan, ibu kepada budak perempuan itu telah dipanggil ke balai polis dan diberikan nasihat.

Malah, ibu tersebut juga berkemungkinan akan diambil tindakan oleh pihak polis atas kecuaian yang berlaku.

Semoga dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.