“Mana maruah awak?” – Jofliam Minta Cik Epal Hormat Tempoh Iddah

Entertainment
14 Oct 2024 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rumah tangga pempengaruh terkenal Cik Epal dan Jofliam akhirnya bertemu noktah apabila kedua-dua mereka mengesahkan perceraian mereka.

Jofliam yang merupakan chef piza ternama itu, bagaimanapun menerusi IG story miliknya mendakwa bekas isterinya itu tidak menghormati tempoh iddah.

Menurutnya, Cik Epal tidak menjaga maruahnya apabila ada netizen yang ‘kenenkan’ dia dengan pelakon yang baru juga bercerai iaitu Fattah Amin.

image is not available

Jofliam menerusi rantaian IG story tersebut dilihat sedang bercuti dengan dua anaknya, memberi teguran secara terbuka kepada bekas isterinya itu yang didakwa tidak bermuhasabah diri di dalam tempoh iddah ini.

“Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?

Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Jofliam juga menolak dakwaan yang dia sedang cemburu terhadap kehidupan bekas isterinya itu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.