“Mana tau depa B40?” – [VIDEO] Netizen Kecam ‘Page’ Dakwa ‘Anak B40’ Berhibur Tak Kena Tempat?

Entertainment
9 Aug 2022 • 5:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Moshing ialah sejenis gaya tarian di mana peserta atau penonton menolak atau berhempas antara satu sama lain, biasanya dilakukan ketika persembahan muzik secara langsung yang “agresif” seperti muzik heavy metal dan punk rock.

Ia biasanya berlaku di tengah-tengah orang ramai dan lebih dekat dengan pentas, di kawasan yang dipanggil mosh pit, dan ia bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam persembahan muzik genre tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video beberapa orang pemuda yang sedang moshing di sebuah gig tempatan hujung minggu lepas.

image is not available

Klik di sini untuk video.

“Cara anak-anak B40 berhibur. Minta kkm tidur kan semuanya” tulisnya dalam kapsyen.

Bagi yang sudah biasa menonton gig secara live, keadaan penonton yang sebegitu bukanlah sesuatu yang baru, sudah pastinya caption yang diletakkan dalam video tersebut membuatkan ramai yang bengang, khususnya bagi peminat muzik bergenre agresif sebegitu.

Kenyataan itu membuatkan ramai pencinta muzik yang marah kerana admin page tersebut sewenang-wenangnya melabel mereka yang berada di situ sebagai golongan B40, malah page itu juga meminta KKM ‘tidurkan’ mereka.

image is not available

Tak baik lah nak label orang sesuka hati macam tu…

image is not availablemoshing,

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.