Manchester City berpotensi disingkir EPL

Football
25 Sep 2026 • 10:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Manchester City berpotensi disingkir EPL

MANCHESTER – Manchester City berdepan detik paling ‘hitam’ dalam sejarah kelab apabila didapati bersalah atas 114 daripada 115 pertuduhan berkaitan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat oleh panel suruhanjaya bebas selepas kes yang berlarutan lebih tiga tahun sejak pertuduhan dikemukakan EPL pada Februari 2023.

Namun, hukuman terhadap skuad The Citizen itu masih belum ditentukan dan pengurusan City dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Menurut laporan, antara kemungkinan hukuman yang dilaporkan termasuk denda, pemotongan mata atau tindakan lebih berat seperti penyingkiran daripada saingan EPL.

Kes berkenaan membabitkan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan sepanjang tempoh sembilan tahun dari 2009 hingga 2018, selain tuduhan gagal memberikan kerjasama kepada siasatan EPL.

Pada awalnya, City menafikan semua pertuduhan serta sebarang salah laku dan menegaskan pendirian itu kekal sehingga proses undang-undang selesai.

Pendengaran di hadapan panel bebas tiga anggota berlangsung selama 12 minggu antara September hingga Disember 2024 sebelum keputusan akhirnya diumumkan selepas penantian panjang.

Dalam satu kenyataan kepada portal antarabangsa, The Athletic, City menegaskan proses berkenaan masih belum selesai dan terdapat beberapa perkara penting yang perlu dimuktamadkan. – AGENSI

The post Manchester City berpotensi disingkir EPL appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved