EFL: Carrick gesa lupakan kecewa

FootballSports
16 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EFL: Carrick gesa lupakan kecewa

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick menggesa barisan pemainnya supaya segera melupakan kekalahan 0-1 kepada Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.

Beliau mahu anak-anak buahnya mengalihkan sepenuh perhatian terhadap aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) yang boleh dianggap sukar apabila melayan kunjungan Brighton di Old Trafford awal pagi esok.

Carrick mengakui, kekalahan kepada City merupakan satu keputusan yang sangat mengecewakan, namun beliau menegaskan, mereka tidak boleh terlalu lama meratap kerana ia mampu menjejaskan prestasi pasukan.

“Kami ada dua perlawanan yang sangat penting minggu ini dan aksi menentang Brighton merupakan salah satu daripadanya. Kami perlu segera melupakan kekalahan lalu dan berikan fokus pada aksi seterusnya.

“Tidak dapat mengutip mata yang dimahukan dalam saingan liga memang sangat kecewa, tetapi kami tidak boleh lari daripada tanggungjawab. Semua pemain perlu bangkit dan kembali catat kemenangan,” katanya.

Selepas aksi menentang Brighton, The Red Devils hanya memiliki tempoh selama dua hari untuk berehat dan melakukan persiapa sebelum berkunjung ke Craven Cottage bertemu Fulham bagi saingan Liga Perdana.

Walaupun baru sahaja mengharungi empat perlawanan Liga Perdana, sudah ada spekulasi bahawa pihak pengurusan United sudah mula mempersoalkan kemampuan Carrick dengan pengendali berusia 45 tahun itu berdepan kemungkinan dipecat. – AGENSI

The post EFL: Carrick gesa lupakan kecewa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved