Manchester United Bakal Beraksi Dalam Liga Europa

Football
4 Jun 2024 • 1:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Manchester United Bakal Beraksi Dalam Liga Europa

Manchester United dilaporkan bakal beraksi dalam Liga Europa pada musim depan setelah diberikan kebenaran oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), walaupun terdapat larangan mengenai pemilikan dua kelab oleh badan induk tersebut.

Manchester United dan Nice, yang kedua-duanya dimiliki oleh syarikat Jim Ratcliffe, INEOS, telah layak ke pertandingan tersebut pada musim depan.

Menurut laporan Mail Sport pada Mac lalu, versi terkini undang-undang integriti UEFA menyatakan bahawa jika dua kelab yang dimiliki bersama layak ke pertandingan yang sama, hanya satu kelab sahaja yang dibenarkan bertanding.

Kebiasaannya, keutamaan diberikan kepada pasukan yang berakhir di kedudukan lebih tinggi dalam liga masing-masing. Dalam kes ini, Nice berada di tangga kelima manakala Manchester United di tangga kelapan.

Namun begitu, Manchester United memenangi Piala FA Inggeris, yang secara automatik melayakkan mereka ke Liga Europa musim depan, kecuali jika mereka layak ke Liga Juara-Juara.

Dalam pada itu, The Times melaporkan bahawa UEFA telah memberi pengecualian kepada Manchester United untuk bersaing dalam pertandingan yang sama dengan Nice pada musim depan tetapi tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

Akhbar itu mendakwa bahawa Nice diarahkan untuk beroperasi melalui ‘blind trust’ yang dikendalikan oleh satu panel yang diiktiraf oleh UEFA.

Difahamkan, model ini telah digunakan pada musim ini dalam perjanjian yang melibatkan AC Milan, Toulouse, dan pelabur mereka dari Amerika Syarikat, Red Bird Capital.

UEFA menyatakan bahawa musim 2024-25 akan dianggap sebagai musim peralihan, dan kelonggaran yang diberikan mungkin tidak akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Ini bermaksud, ‘blind trust’ adalah alternatif sementara yang diberikan berdasarkan kes pengecualian untuk musim depan dan perubahan kepada peraturan pemilikan dua kelab mungkin akan berlaku pada masa depan.

Peraturan ini juga membolehkan kedua-dua Manchester City dan Girona bertanding dalam Liga Juara-Juara.

Girona, yang dimiliki oleh City Football Group, mungkin terjejas jika UEFA mengambil pendirian asal mereka dalam hal ini kerana mereka berakhir di tangga ketiga dalam La Liga dan mungkin disingkirkan ke Liga Europa, memandangkan Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Kelab LaLiga itu, seperti Nice, juga perlu diuruskan melalui ‘blind trust’.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved