Manchester United Pecat Erik Ten Hag

FootballSports
28 Oct 2024 • 8:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Manchester United Pecat Erik Ten Hag

Pengurusan tertinggi Manchester United (MU) dilapor telah mengambil keputusan untuk memecat pengurus mereka, Erik Ten Hag berkuatkuasa serta-merta.

“Erik telah melepaskan peranannya sebagai pengurus pasukan utama Manchester United.

“Beliau menyertai The Red Devils pada April 2022 dan berjaya menjulang dua trofi domestik iaitu Piala Carabao pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

“Kami menghargai segala jasa serta bakti Erik kepada kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya di masa depan kepadanya.

“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih tugas selaku jurulatih sementara dengan sokongan pasukan kejurulatihan semasa.

“Kelab akan merekrut Ketua Jurulatih baharu,” kata MU dalam kenyataannya.

https://x.com/FabrizioRomano/status/1850866764797616317

Keputusan berat yang pastinya diratapi ramai peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dipercayai diambil susulan pretasi terumbang-ambing MU sejak kebelakangan ini.

Walaupun sudah berbelanja hampir RM2 bilion dan berjaya mendapatkan pemain pilihannya seperti Anthony, Erik dilihat masih gagal menemui ramuan yang tepat untuk memacu MU menjadi kelab yang disegani semula.

Ini dapat dilihat menerusi persembahan semasa mereka terumanya dalam saingan liga. Selepas 9 aksi, MU berada di kedudukan ke-14 selepas sekadar mencatatkan tiga kemenangan dan dua seri.

Dalam saingan Liga Europa pula, MU menghuni kedudukan ke-21 liga selepas hanya mampu mencatatkan keputusan seri dalam semua tiga perlawanan awal.