Manchester United, Tottenham mara separuh akhir Liga Europa

FootballSports
18 Apr 2025 • 7:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maguire penyumbang gol buat United di Old Trafford. Foto Agensi

MANCHESTER United mara ke separuh akhir Liga Europa selepas menang 5-4 ke atas kelab Ligue 1 Perancis, Lyon dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Old Trafford pada Jumaat.

Gol United dijaringkan Manuel Ugarte (m-10), Diogo Dalot (m-46), Bruno Fernandes (m-114), Kobbie Mainoo (m-120) dan Harry Maguire (m-121).

Jaringan Corentin Tolisso pula meletakkan Lyon kembali dalam permainan minit ke-71, diikuti jaringan Nicolas Tagliafico (m-77),

Rayan Cherki (m-104) dan Alexandre Lacazette (m-109).

Kemenangan anak buah Ruben Amorim itu membolehkan The Red Devils mara dengan agregat 7-6 selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 di Parc Olympique Lyonnais, 11 April lalu.

Di Deutsche Bank Park, Tottenham Hotspur meneruskan kemaraan selepas menewaskan kelab Bundesliga Jerman, Eintracht Frankfurt secara agregat 2-1 selepas menang 1-0 timbal balik kedua.

Dominic Solanke muncul wira The Lilywhites kendalian Ange Postecoglou apabila menyempurnakan sepak penalti minit ke-43, selepas penjaga gol Eintrach,

Frankfurt, Kaua Santos mengasari James Maddison.

Di Stadium Olimpico, wakil Norway, Bodo Glimt meneruskan persembahan luar biasa di kejuaraan tahap dua kelab Eropah itu apabila menyingkirkan pasukan pilihan, Lazio, 3-2 secara agregat.

Jaringan pemain gantian Andreas Helmersen minit ke-109, membolehkan anak buah Kjetil Knutsen, mara dengan kelebihan satu gol biarpun tewas 1-3.

Sementara itu, kelab La Liga Sepanyol, Athletic Bilbao mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan cabaran kelab liga Scotland, Rangers secara agregat 2-0 di Stadium San Mames.

Anak buah Ernesto Valverde melangkah ke separuh akhir sebuah pertandingan utama Eropah buat kali pertama sejak musim Liga Europa 2011/12 semasa era kendalian Marcelo Bielsa.

LIGA EUROPA

Separuh Akhir Pertama

1 MEI

Athletic Bilbao lwn Manchester United

Tottenham Hotspur lwn Bodo Glimt

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved