Mandalika medan Martin kekal cengkaman

7 Oct 2026 • 7:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mandalika medan Martin kekal cengkaman

MANDALIKA: Jorge Martin mahu Aprilia terus mengekalkan momentum ketika juara dunia MotoGP 2024 itu menuju ke Grand Prix (GP) Indonesia dengan kelebihan dua mata mengatasi pencabar utamanya, Marc Marquez.

Martin berjaya menghadkan kehilangan mata ketika beraksi di Motegi, Jepun minggu lalu, biarpun litar tersebut sebelum ini lebih memihak kepada Marquez dan Ducati.

Kini, perhatian beralih ke Mandalika, Indonesia, yang mempunyai rekod lebih baik buat Aprilia dan Martin, sekali gus membuka peluang kepada pelumba berusia 28 tahun itu untuk kembali melebarkan kelebihan dalam perebutan kejuaraan.

“Kami meninggalkan Jepun dengan perasaan sangat berpuas hati, terutama selepas beraksi di litar yang sebelum ini bukan antara litar terbaik buat Aprilia.

“Pasukan melakukan kerja luar biasa dan kejayaan meraih dua podium menjadi bukti besar terhadap komitmen semua pihak.

“Kini kami menuju ke Indonesia, litar yang sentiasa membuatkan saya berasa selesa.

“Namun, kejuaraan masih sangat sengit, jadi kami perlu meneruskan momentum ini, bekerja bersama dan melakukan penambahbaikan dari hari ke hari,” kata Martin.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Marco Bezzecchi turut mengintai peluang untuk kembali mencabar kelompok hadapan bagi menghidupkan peluangnya dalam perebutan kejuaraan.

Bezzecchi kini ketinggalan 49 mata daripada pendahulu dengan enam pusingan masih berbaki, namun Mandalika boleh menjadi medan terbaik buat pelumba Itali itu untuk merapatkan jurang.

Musim lalu, Bezzecchi memenangi perlumbaan pecut di Mandalika tetapi gagal menamatkan perlumbaan utama selepas terbabit dalam perlanggaran dengan Marquez. – AGENSI/UTUSAN

The post Mandalika medan Martin kekal cengkaman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved