Manfaat Bunga Chamomile dan Osmanthus untuk Minda dan Tubuh #SihatCergas

Health & Fitness
25 Oct 2024 • 10:30 AM MYT
Nas
Nas

An engineer who loves to cook

image is not available
Chamomile Flowers [Photo credit: Crissy Mitchell/Stocksy]

Bunga chamomile dan osmanthus telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyokong kesihatan minda dan tubuh. Kedua-dua bunga ini mempunyai khasiat yang luar biasa dan boleh memberikan manfaat yang ketara apabila dijadikan sebahagian daripada rutin harian.

Berdasarkan rujukan dari MedicalNews Today, beberapa manfaat yang dapat diperoleh dari Teh Chamomile yang terkenal dengan sifatnya yang menenangkan. Teh chamomile sering digunakan untuk membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Kandungan antioksidan dalam chamomile juga membantu meningkatkan kualiti tidur dan menyokong kesihatan mental secara keseluruhan. Selain itu, chamomile juga boleh membantu melegakan keradangan dan mengurangkan masalah pencernaan seperti kembung perut.

Berdasarkan rujukan dari Livestrong.com, Osmanthus pula, yang lebih dikenali di negara Asia, kaya dengan antioksidan dan komponen anti-penuaan. Teh osmanthus boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit, menjadikan kulit lebih cerah dan anjal. Bunga ini juga dikatakan mampu membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan fokus mental. Di samping itu, osmanthus mempunyai aroma yang menyegarkan, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang ingin berehat selepas hari yang panjang.

Image from: Manfaat Bunga Chamomile dan Osmanthus untuk Minda dan Tubuh #SihatCergas
Osmanthus Tea [Photo credit: PAI Wellness]

Setelah saya mengamalkannya, teh ini sangat menyegarkan dan membantu saya untuk mendapat tidur yang lena dan membantu menenangkan minda. Beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menggalakkan pengambilan bunga ini seperti;

Teh Harian: Jadikan teh chamomile atau osmanthus sebagai minuman harian, terutamanya pada waktu malam. Ini boleh membantu anda lebih relaks dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.

Aromaterapi: Minyak pati chamomile dan osmanthus juga boleh digunakan dalam aromaterapi untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan minda.

Gabungan Minuman: Anda boleh mencuba campuran teh chamomile dan osmanthus untuk mendapatkan manfaat gabungan kedua-dua bunga.

Bunga chamomile dan osmanthus boleh didapati di kedai-kedai herba, pasar raya besar, atau secara dalam talian. Carilah produk yang berkualiti tinggi dan organik untuk mendapatkan manfaat terbaik daripada bunga-bunga ini. Harganya juga berpatutan dan sangat mampu milik. Saya sangat menggalakkan anda untuk mencubanya.


Image from: Manfaat Bunga Chamomile dan Osmanthus untuk Minda dan Tubuh #SihatCergas

Hantarkan konten berkaitan #SihatCergas dan berpeluang menangi hadiah bernilai sebanyak RM13,500 termasuk langganan air Spritzer dan hadiah wang tunai. Ketahui lebih lanjut di sini.


Nas adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.