Tindakan berani naikkan cukai minuman bergula, beri manfaat jangka panjang

24 Oct 2024 • 2:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

CYBERJAYA, 24 OKT: Kerajaan mengambil tindakan berani dan bijak untuk manfaat jangka panjang apabila menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula bermula tahun depan.

Selain mengawal pengambilan gula, usaha itu menurut mantan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit kencing manis.

“Cadangan cukai gula ini bukan perkara baharu, kita sudah lama cadangkan. Hanya sekarang ada tindakan baik dan berani dari kerajaan untuk kawal penyakit kencing manis,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau yang juga Cancelor Universiti Cyberjaya menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Kesihatan Awam Selangor 2024 di Universiti Cyberjaya di sini, hari ini.

Beliau turut mencadangkan hasil cukai yang dikutip daripada kenaikan tersebut dikembalikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk program pencegahan.

Menerusi Belanjawan 2025, perdana menteri mengumumkan perang terhadap gula dengan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar 40 sen seliter dikenakan sebagai usaha mengawal penyakit kencing manis, selain Malaysia antara rakyat paling ramai obesiti di Asia Tenggara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved