Manfaat kepakaran China dalam sistem amaran awal bencana

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 1:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Manfaat kepakaran China dalam sistem amaran awal bencana

BEIJING – Malaysia berhasrat memanfaatkan kepakaran China dalam sistem amaran awal bencana bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi ketidaktentuan cuaca sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem berasaskan satelit itu berupaya membekalkan maklumat ramalan cuaca yang lebih menyeluruh dan tepat, sekali gus memudahkan langkah mitigasi dilaksanakan kerajaan.

Menurutnya, data berkenaan dapat membantu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran tepat pada masanya di kawasan berisiko bencana, khususnya apabila jumlah hujan dan tiupan angin melebihi ramalan awal.

“Dalam aspek bencana, kita akan mendapatkan kerjasama daripada pihak China dari segi ramalan cuaca global, merangkumi peralatan serta sistem berasaskan satelit.

“Sebagai jabatan utama yang membekalkan maklumat berkaitan cuaca kepada umum, adalah penting untuk MetMalaysia mempunyai sokongan dari sudut peralatan untuk menyediakan ramalan cuaca yang lebih cepat dan tepat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kini dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Beijing dan Tianjin bermula semalam.

Beliau berkata cadangan kerjasama itu akan dibincangkan dengan Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, termasuk usaha mempercepat pemerolehan sistem berkenaan.

Mengenai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, agensi kerajaan kini berada pada tahap kesiapsiagaan lebih baik berbanding sebelumnya.

Katanya, pusat pemindahan sementara (PPS) sedia ada juga dinaik taraf selain Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melakukan persiapan awal bersama jawatankuasa pengurusan bencana peringkat pusat, negeri dan daerah bagi mengurus dan mengurangkan impak bencana tersebut.

“Atas kesiapsiagaan yang dibuat, kita dapat lihat kerugian akibat banjir sekitar RM960 juta yang direkodkan pada 2024 telah dapat dikurangkan kepada RM600 juta tahun lepas.

“Saya harap dengan tindakan awal yang dibuat serta kerjasama dengan pihak Kerajaan China, kita akan dapat melakukan persiapan lebih awal bagi melakukan kerja-kerja pemindahan mangsa-mangsa banjir,” katanya. – Bernama

The post Manfaat kepakaran China dalam sistem amaran awal bencana appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved