Ujian siren amaran tsunami di tiga lokasi Pulau Pinang esok

12 Oct 2026 • 12:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ujian siren amaran tsunami di tiga lokasi Pulau Pinang esok

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di tiga lokasi di Pulau Pinang esok.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, ujian tersebut dijadualkan berlangsung di lokasi pertama iaitu Masjid Terapung, Tanjung Bungah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

Katanya, ujian seterusnya akan dijalankan di Masjid Ar-Rahman, Batu Feringgi dari pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Lokasi ketiga ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Teluk Bahang yang dijadualkan bermula pukul 1 petang hingga 3 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

The post Ujian siren amaran tsunami di tiga lokasi Pulau Pinang esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved