Manfaat ruang bumbung tanam nanas

Home & Living
21 Sep 2026 • 7:59 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Manfaat ruang bumbung tanam nanas

KUANTAN: Kira-kira lima tahun lalu, Pengarah Eksekutif Masjid Bandaraya Kotasas, Izudin Muhamad Amin, 49, tampil de­ngan idea unik iaitu menanam nanas di atas bumbung konkrit rumahnya di Taman Kotasas SpringVale Residences, di sini.

Bermula dengan 100 anak pokok pada musim pertama, tanaman nanas yang diusahakan meningkat kepada 300 pokok nanas jenis MD2 pada tahun ini.

Dia yang juga pengerusi persatuan penduduk taman ber­kenaan berkata, idea itu tercetus ketika baru berpindah ke kawasan perumahan berkenaan pada 2021.

Meminati bidang pertanian sejak kecil, dia mula memikirkan cara memanfaatkan ruang yang ada di rumahnya termasuk kawasan bumbung konkrit yang tidak digunakan.

“Waktu itu rumah masih dalam pembinaan dan saya cuba fikir apa yang boleh dibuat untuk memanfaatkan kawasan perumahan ini.

“Ruang tanah pula terhad, jadi saya tengok kawasan bumbung yang luas tetapi tidak digunakan. Daripada dibiarkan kosong, saya fikir lebih baik dijadikan kebun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Izudin, hasil pertama dituainya sekitar November 2022 selepas kira-kira setahun ditanam dan sebahagian besar hasil diberikan kepada rakan dan jiran sebagai buah tangan.-UTUSAN.

The post Manfaat ruang bumbung tanam nanas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved