[VIDEO] 32 rumah Kampung Bukit Kapar rosak dilanda ribut

LocalEnvironment
1 Sep 2026 • 10:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] 32 rumah Kampung Bukit Kapar rosak dilanda ribut

KLANG – Sebanyak 32 buah rumah rosak selepas dibadai ribut dalam kejadian sekitar Kampung Bukit Kapar di sini, petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan terdapat bumbung kediaman ‘hilang’ dan pokok tumbang namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Syazwan Zakaria berkata, operasi pemantauan dijalankan dengan kekuatan enam anggota dengan sebuah Fire Rescue Tender bersama bantuan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya.

“Cuaca dilaporkan baik ketika pemantauan dijalankan dan risiko banjir masih ada di kawasan terjejas.

“Bagaimana pun, tiada perpindahan penduduk dilakukan oleh pihak bomba,” katanya hari ini.

Jelasnya, penduduk yang terjejas telah membuat laporan kerosakan kepada pihak berkuasa.

“Penduduk turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang perkembangan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post [VIDEO] 32 rumah Kampung Bukit Kapar rosak dilanda ribut appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved