Manfaat teknologi pintar, tingkat kualiti pengangkutan awam negeri

28 Nov 2022 • 1:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM,28 NOV: Ekosistem pengangkutan awam di negeri ini yang dinaik taraf menggunakan teknologi pintar merupakan usaha dalam meningkatkan penggunaannya.

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han berkata sistem pengangkutan awam yang dikenali sebagai Selangor Mobiliti adalah usaha ke depan dalam menjenamakan kemudahan itu.

Jelas beliau, Selangor Mobiliti bukan hanya tentang kereta api, bas, teksi dan e-panggilan tetapi mikromobiliti seperti e-scooter dan laluan pejalan kaki serta kenderaan van transit atas permintaan (Demand-Responsive Transit) atau DRT melalui aplikasi penghalaan pintar.

“Kejayaan Bas Smart Selangor membuktikan Kerajaan Negeri mampu memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

“Dengan pertumbuhan penduduk yang semakin rencam, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk meningkatkan tahap kualiti hidup rakyat dengan memperkasakan kemudahan pengangkutan awam,” katanya menerusi Facebook.

 

image is not available

Jumaat lalu, ketika membentang Belanjawan 2023 Dato’ Menteri Besar memperkenal perkhidmatan van transit atas permintaan bagi melengkapkan ekosistem pengangkutan awam di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan DRT berfungsi berdasarkan permintaan menerusi aplikasi penghalaan pintar, bukan seperti bas henti-henti.

Jelasnya, perkhidmatan itu melengkapi sistem Bas Smart Selangor yang tidak mampu untuk mencapai laluan yang sempit dan berkepadatan padat.

Fasa pertama sistem yang tidak hanya fokus mod pengangkutan semata-mata seperti sistem bas, rel, teksi mahupun e-panggilan itu bermula seawal suku pertama tahun depan menerusi peruntukan RM25 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved