Tatkala kecerdasan buatan (AI) semakin bertambah maju, ramai yang risaukan masa depan kerjaya mereka. Hal ini disebabkan oleh kemungkinan AI bakal menggantikan peranan mereka. Tapi bagaimana kalau kami katakan anda boleh memanfaatkan penggunaan AI bagi melakukan kerja-kerja digital. Dimana kerjaya anda bukan sahaja terpelihara, malah lebih produktif.

Oleh sebab itulah, Samsung menawarkan produk terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold6. Dimana ia mempunyai ciri-ciri AI sesuai untuk meningkatkan produktiviti, yang boleh menjadikan peranti ini pilihan yang anda boleh pertimbangkan.
Note Assist – Hasilkan Nota Dengan Lebih Pantas
Apabila menyertai mesyuarat, mencatat nota di dalam telefon pintar sudahpun menjadi suatu norma kerana lebih cepat dan mudah. Namun, kadangkala nota yang dicatat itu adalah serabut dan sukar untuk dibaca. Oleh sebab itu, anda memerlukan masa pula untuk menyunting nota tersebut. Perkara renyah seperti ini tidak perlu dirisaukan lagi, dengan ciri Galaxy AI yang dipanggil Note Assist pada Samsung Galaxy Z Fold6.

Melalui ciri Note Assist, ia dapat membantu menjadikan nota anda lebih kemas dengan judul, tajuk kecil gabungan dengan senarai dan sebagainya. Melalui Note Assist juga, ejaan dan tatabahasa pada nota anda juga akan diperbaiki secara automatik. Malah, Note Assist juga boleh menterjemahkan nota kepada pilihan bahasa yang lain. Ini sedikit sebanyak menjimatkan masa, kerana tidak perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menterjemahkan nota kepada bahasa yang lain.

Bukan itu sahaja, terdapat juga ciri Summarize dalam Note Assist yang membolehkan anda dapatkan ringkasan daripada fail PDF ataupun nota anda yang panjang. Jadi, dengan hanya sekadar satu klik sahaja, anda boleh memahami isi penting tanpa perlu membaca keseluruhan dokumen. Samsung Galaxy Z Fold6 ini juga turut menyokong stylus S pen, dimana anda boleh gunakan S pen untuk menyunting nota dengan lebih senang. Digabungkan pula dengan keupayaan untuk melihat dan menyunting secara bersebelahan, yang khusus untuk Samsung Galaxy Z Fold6 sahaja. Secara tidak langsung, peranti ini dapat meningkatkan produktiviti anda untuk tugas-tugas harian.
Sketch To Image – Lukisan Cakar Ayam Pun Boleh Jadi Cantik
Jika anda seorang pelukis digital ataupun pelukis biasa, saya rasa sudah menjadi kebiasaan untuk anda ekspresikan idea anda kepada medium yang paling cepat dicapai dan mudah. Dalam konteks ini, sangat berguna jika anda memiliki telefon pintar kerana telefon pintar sentiasa ada dengan kita 24 jam. Jadi jika anda memiliki Samsung Galaxy Z Fold6, lakaran seperti cakar ayam pun boleh menjadi cantik, hasil bantuan daripada ciri Sketch To Image. Lakaran tersebut boleh diubah menjadi karya yang menarik menggunakan AI generatif.

Anda juga mempunyai pelbagai pilihan gaya lukisan yang akan dihasilkan seperti Watercolour, Pop Art, 3D Cartoon dan sebagainya. Kemudian, lakaran yang dihasilkan ini boleh ditambah kedalam nota anda. Jadi, walaupun anda tidak mempunyai kebolehan untuk melukis, ciri Sketch To Image dapat membantu untuk merealisasikan idea lukisan anda.
Transcript Assist – Satu Lagi Ciri Dari Note Assist Untuk Hasilkan Transkrip
Tentu ada diantara anda yang merupakan seorang wartawan, dimana tugasan anda sentiasa melibatkan temu ramah bersama orang lain. Jadinya, anda perlu merakam temu ramah tersebut supaya tidak terlepas infomasi yang penting. Namun, kerja bagi menghasilkan transkripsi daripada audio bukan sahaja memakan masa tetapi turut leceh bukan?
Masalah ini tidak perlu dirisaukan lagi dengan ciri Transcript Assist dari Note Assist. Dimana anda boleh menggunakan ciri ini terus dari aplikasi Notes tanpa perlu membuka aplikasi rakaman audio Samsung. Melaluinya, ia boleh menghasilkan transkrip audio secara automatik terus dari aplikasi nota anda. Ia berbeza dengan Samsung Galaxy Z Fold5 yang sebelum ini, dimana anda perlu menggunakan aplikasi rakaman audio Samsung, kemudian salin dan tampal transkrip ke dalam aplikasi nota pula. Malah, ia juga boleh menghasilkan rumusan ringkas yang menjimatkan masa kerana topik dan kandungan boleh dicari menggunakan transkrip yang dihasilkan. Jadi, anda tidak perlu lagi mendengar rakaman audio yang panjang untuk menghasilkan transkrip.
Kesimpulan
Jadi bagaimana? Kehadiran ciri Galaxy AI pada Samsung Galaxy Z Fold6 seperti Note Assist yang juga mempunyai ciri Transcript Assist dan Sketch To Image, membuatkan peranti ini berbaloi untuk dimiliki. Namun, jika anda masih lagi ragu-ragu, anda boleh terus ke Samsung Experience Stores untuk mencuba sendiri Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6.

Jika anda sedang mencari peranti yang dapat meningkatkan produktiviti harian, inilah masanya untuk dapatkan Samsung Galaxy Z Fold6. Pratempah Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6 sekarang di laman web rasmi Samsung, untuk menikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,329. Jika anda membeli melalui tukar beli peranti, anda berpeluang untuk mendapatkan RM500 tambahan bagi nilai peranti lama. Ayuh rasai sendiri pengalaman menggunakan Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6 yang diintegrasikan dengan Galaxy AI.
- Beli : Samsung Galaxy Z Fold6
- Beli : Samsung Galaxy Z Flip6
Penafian : Advertorial daripada Samsung Malaysia
