Samsung Memproses Data Pada Peranti Untuk Galaxy AI – Pengguna Boleh Elak Data Digunakan Untuk Tujuan Latihan

TechnologyDigital
11 Jul 2024 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung  pada tahun ini sedia memfokuskan kepada keupayaan kecerdasan buatan mereka, dinamakan Galaxy AI. Melaluinya, beberapa perkara boleh dilakukan, termasuk untuk menulis, menyunting teks, menyunting gambar, dan sebagainya. Dengan perkembangan kecerdasan buatan, semestinya ramai yang mempersoalkan berkenaan sokongan privasi yang ditawarkan oleh Samsung.

image is not available

Menyentuh mengenainya, Samsung menekankan yang mana mereka menggunakan pemprosesan data pada peranti, dan tidak menghantar ia kepada pelayan internet untuk tujuan latihan. Pengguna boleh mengaktifkan tetapan ini pada telefon masing-masing, dan semua ciri akan menggunakan sokongan pemprosesan data pada peranti sahaja.

image is not available

image is not available

Namun, Samsung turut menyatakan pemprosesan menggunakan atas-talian akan memberikan hasil yang lebih baik, disamping beberapa ciri akan memerlukan sokongan internet untuk menggunakannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved