Mangsa bah di Manjung meningkat malam ini

10 Jan 2025 • 9:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 10 JAN: Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung meningkat sedikit malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di PPS berkenaan berbanding 18 daripada lima keluarga pagi tadi.

“Kesemua mangsa yang terjejas banjir adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar,” kata kenyataan itu.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih lagi ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan itu dinaiki air setinggi 0.8 meter.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved