Mangsa bah di Selangor berkurang kepada 25 individu, Perak kekal 286

23 Oct 2024 • 9:24 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Jumlah mangsa banjir di Perak kekal dengan 286 orang daripada 78 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) setakat 6 pagi, sebanyak 216 mangsa daripada 59 keluarga dipindahkan di daerah Hilir Perak, Kerian (36 mangsa, 11 keluarga) dan Perak Tengah (34 mangsa, lapan keluarga).

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam berbanding 61 orang daripada 19 keluarga, malam tadi.

Sementara itu, dua PPS di Betong dan Kuching di Sarawak dibuka bagi menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved