Mangsa banjir di Batu Pahat kekal 50 orang

20 Sep 2022 • 9:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah mangsa banjir di daerah Batu Pahat kekal 50 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini. - Foto Astro Awani

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di daerah Batu Pahat kekal 50 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading yang dibuka sejak Rabu lepas.

Menurut JPBD, mereka masih belum dibenarkan pulang kerana kawasan rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung.

Kesemua mangsa melibatkan penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Banjir berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat yang bermula pada 1.30 pagi hingga 5.30 pagi Rabu lepas dan fenomena air pasang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved