Mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurangan, Segamat pulih

19 Mar 2023 • 6:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun, manakala daerah Segamat pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 15,907 orang masih ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini, berbanding 17,125 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

“Dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Pasir Puteh di Batu Pahat; dan Balai Raya Batu Badak di Segamat telah pun ditutup berikutan banjir telah surut,“ menurut jawatankuasa itu.

Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.09meter (m), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong dengan bacaan 11.24m serta Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.34m.

Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah pada petang ini kecuali Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat yang diramalkan hujan. - Bernama