Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 114 orang

4 Oct 2022 • 2:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir kilat di Johor meningkat sedikit setakat pukul 12 tengah hari ini kepada 114 orang berbanding 113 mangsa yang dicatatkan 8 malam tadi membabitkan daerah Pontian dan Kluang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat mangsa baharu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian pagi tadi.

Menurutnya, seramai 39 mangsa dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti berlindung di PPS SK Melayu Raya, Pontian.

“Di Kluang pula, dua PPS masih dibuka iaitu di SK Sri Kampung Renggam melibatkan 33 mangsa dari Kampung Tengah Renggam dan sebuah lagi PPS di SK Sungai Linau, menempatkan 42 mangsa dari Kampung Sungai Linau,” menurut JPBD.

Banjir kilat di negeri itu berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam sejak 10 pagi Ahad lepas.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved