Satu PPS di Kluang ditutup, mangsa banjir berkurangan

4 Oct 2022 • 9:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir kilat di Johor menurun kepada 79 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 114 tengah hari tadi susulan penutupan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam, Kluang petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan penutupan PPS tersebut sekali gus menjadikan hanya dua PPS sahaja yang masih beroperasi sehingga kini.

Menurut JPBD, dua PPS yang masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu di Kluang dan Pontian iaitu di Kluang, seramai 47 mangsa dipindahkan ke PPS SK Sungai Linau.

“Sementara itu, di Pontian hanya PPS SK Melayu Raya yang masih dibuka yang menempatkan 32 mangsa dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti.

“Banjir kilat di negeri ini berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam sejak 10 pagi, kelmarin (2 Okt),” menurut kenyataan itu, hari ini.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved