Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Melebihi 10,000 Orang, JB Daerah Paling Teruk Terjejas

21 Mar 2025 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sedang kita sibuk membuat persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, Johor kini dilanda banjir yang buruk apabila mangsa dikatakan terus meningkat melebihi 10,000 orang setakat 8 pagi tadi.

Sebelum ini, mangsa banjir dicatatkan sebanyak 3,964 orang membabitkan 917 keluarga pada 8 malam semalam.

image is not available

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pagi ini mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang terdiri daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS).

Johor Bahru kini difahamkan menjadi daerah yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga berbanding 1,288 orang daripada 207 keluarga.

PPS di Johor Bahru juga kini bertambah sehingga 27 berbanding 19, malam tadi.

“Kluang pula kedua terjejas yang mana kini merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 2,163 orang membabitkan 635 keluarga berbanding 479 mangsa daripada 147 keluarga, malam tadi. Mereka kini ditempatkan di 27 PPS,” katanya.

image is not available

Daerah lain yang juga mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat ialah seperti Kota Tinggi kini dengan 1,761 mangsa (504 keluarga) di 17 PPS, berbanding 733 mangsa (212 keluarga) di 15 PPS, malam tadi.

Manakala Pontian pula meningkat kepada 1,395 mangsa (387 keluarga) berbanding 688 mangsa (192 keluarga), Kulai dengan mangsa banjir 1,152 orang (354 keluarga) berbanding malam tadi 506 orang (159 keluarga).

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, hujan lebat akan berterusan membabitkan daerah Johor Bahru, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi dijangka berlaku sehingga hari ini.

Sama-sama kita doakan semoga mereka di Johor tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.