Mangsa banjir di Pahang meningkat

LocalEnvironment
22 Feb 2025 • 1:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang terus meningkat kepada 236 orang daripada 74 keluarga setakat 1 tengah hari ini berbanding 209 orang malam tadi. Gambar hiasan

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang terus meningkat kepada 236 orang daripada 74 keluarga setakat 1 tengah hari ini berbanding 209 orang malam tadi.



Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.



Pengarah Pertahanan Awam Pahang Kol (PA), Che Adam A Rahman ketika dihubungi berkata, banjir di Kampung Batu Kapor berpunca daripada limpahan air Sungai Semantan sehingga mengakibatkan 73 rumah ditenggelami air.



"Keadaan cuaca hari ini bertambah baik manakala paras bacaan Sungai Semantan sudah kembali normal. Sekiranya keadaan ini berterusan, ada kemungkinan mangsa boleh dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat,” katanya. - Bernama



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved