Mangsa banjir di Sabah terus meningkat

27 Jan 2023 • 9:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan salah sebuah rumah yang dinaiki air di Tawau.

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di Sabah terus meningkat dengan jumlah terkini penduduk yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ialah seramai 6,843 orang setakat jam 8 pagi, Jumaat.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah itu membabitkan 2,412 ketua isi rumah (KIR) yang dipindahkan ke 29 PPS di lima daerah.

Daerah Paitan terdapat peningkatan iaitu seramai 720 mangsa dipindahkan ke sembilan PPS, manakala Pitas seramai 1,201 mangsa dipindahkan ke lima PPS.

Sementara itu, Kota Marudu kekal mencatat jumlah mangsa yang tinggi dipindahkan iaitu seramai 4,789 orang melibatkan 12 PPS, Tawau (109 mangsa di satu PPS) dan Telupid (24 mangsa di dua PPS).

Sinar Harian pada Khamis melaporkan banjir di Sabah semakin buruk dengan 6,453 mangsa dipindahkan ke PPS setakat jam 4 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved