Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 1,497 orang

3 Mar 2024 • 10:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,497 orang daripada 392 keluarga, berbanding 1,193 mangsa daripada 367 keluarga setakat 8 pagi Ahad. Foto Bernama

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,497 orang daripada 392 keluarga, berbanding 1,193 mangsa daripada 367 keluarga setakat 8 pagi Ahad.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) turut bertambah kepada 12 berbanding lapan, semalam.

"Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (286) dan Dewan Masyarakat Stapok (238),” menurut laporan itu.

Ketika ini kesemua PPS yang menempatkan mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Lundu, Bau, Serian dan Siburan.

Menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini diramalkan ribut petir di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada petang, manakala hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada sebelah malam. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved