Mangsa banjir di Sarawak meningkat pagi ini

3 Mar 2024 • 10:45 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,497 orang daripada 392 keluarga, berbanding 1,193 mangsa daripada 367 keluarga setakat 8 pagi ini.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) turut bertambah kepada 12 berbanding lapan, semalam.

“Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (286) dan Dewan Masyarakat Stapok (238),” menurut laporan itu.

Ketika ini kesemua PPS yang menempatkan mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Lundu, Bau, Serian dan Siburan.

Menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini diramalkan ribut petir di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada petang, manakala hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada sebelah malam. -Bernama