Mangsa banjir di Terengganu turun kepada 735 orang

30 Dec 2023 • 9:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Foto APM

image is not available
Keadaan kawasan perumahan Kampung Pulau Ketam berikutan fenomena air pasang besar, yang mengakibatkan banjir semasa tinjauan pada Jumaat. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurang kepada 735 orang daripada 199 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Kesemua mangsa dipindahkan ke 13 PPS yang masih dibuka di tiga daerah di Terengganu iaitu Dungun, Marang dan Kuala Nerus.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 715 mangsa daripada 195 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Jelas kenyataan itu, 11 PPS yang dibuka di Dungun ialah Dewan Serbaguna Padang Pulut, Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi, Balai Raya Kampung Pinang Baru, Sekolah Kebangsaan (SK) Delong, Balai Raya Kampung Batu Sawar/Lentang, SK Durian Mentangau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut.

Selain itu, Balai Raya Ladang Pinang Emas, Dewan Masjid Serdang, Masjid Ladang Pinang Emas dan SK Tanjung Pati.

"Mangsa banjir di daerah Marang pula kini seramai 14 orang daripada 13 keluarga dan semua mereka ditempatkan di sebuah PPS yang diaktifkan di sana.

"Manakala mangsa banjir di daerah Kuala Nerus melibatkan enam orang daripada sebuah keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS," katanya.

Tambah kenyataan tersebut, PPS yang dibuka di Marang ialah SMK Merchang manakala sebuah PPS dibuka di Kuala Nerus iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved