Mangsa banjir Johor turun kepada 263 orang pagi ini

25 Mar 2023 • 9:23 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 25 MAC: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 263 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 343 mangsa yang direkodkan 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan semua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi ketika ini.

PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan (130 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (79 orang), SA Seri Comel (35 orang) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (19 orang).

“Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang adalah kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir sehingga kini,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada pada paras amaran dengan bacaan 18.96 meter manakala cuaca di semua 10 daerah di negeri itu dilaporkan cerah pagi ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved