Satu PPS ditutup, mangsa bah di Batu Pahat berkurang kepada 343

24 Mar 2023 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 24 MAC: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 343 orang setakat 8 malam ini berbanding 369 orang petang tadi susulan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama (SA) Seri Bertam di daerah itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS itu, yang dibuka sejak 2 Mac lepas bagi menempatkan penduduk dari Kampung Haji Kamisan, Taman Selatan, Kampung Parit Lapis Terus dan Kampung Haji Mian, ditutup pada 6 petang tadi.

Empat lagi PPS menempatkan 87 keluarga masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan (156 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), SA Seri Comel (54 orang) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (19 orang).

“Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir adalah Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini.

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.98 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan mendung pada malam ini. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved