
PITAS: Seramai 789 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dekat sini sejak Jumaat berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air di dua buah sungai iaitu Sungai Kabatasan dan Sungai Bengkoka berada pada paras bahaya.
Penolong Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi@Mohd Faizal Hussin berkata, jumlah mangsa banjir tersebut merangkumi seramai 265 ketua isi rumah (KIR).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Asdi, tujuh PPS dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 349 dewasa, 210 kanak-kanak, 15 bayi dan 208 warga emas sehingga Sabtu.
Katanya, sebanyak 20 kampung terjejas iaitu Kampung Tambilidon, Layang, Pandan Mendamai, Rukom, Sibaung, Saab, Kemiri, Bawang, Masin Kecil, Sinasak Batu, Sinasak Tanjung, Ranggu, Pinggan-Pinggan, Nibang, Salimpodon Darat, Lugu, Soso Bai, Kusilad, Pondoi, dan kampung Sinsilog.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more ANTARA suasana banjir di Pitas dan pemindahan penduduk.
Asdi berkata, kampung yang terputus hubungan ialah Kampung Mandurian Laut, Salungkapit, Dandun Seberang, Dandun Pusat, Bilangau Besar, Dandun Laut, dandun Darat, Nibang, Sumbilingon, Masin, Layung, Rukom Laut, Rukom Ulu, Sulakalung, Sinukab, Pangkalan Kanibongan, Pandan Mandamai, Layang dan Kampung Sinukab.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, PPS SK Pekan II menempatkan seramai 261 orang mangsa yang terdiri daripada 99 KIR merangkumi 136 dewasa, 110 kanak-kanak dan lapan bayi.
“PPS SK Salimpodon Darat pula menempatkan seramai 79 mangsa yang terdiri daripada 21 KIR termasuk 34 dewasa, 11 kanak-kanak dan seorang bayi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“PPS Balai Raya Kampung Lugu melibatkan seramai 66 mangsa daripada 21 KIR yang terdiri daripada 54 dewasa, 10 kanak-kanak dan dua bayi.
“PPS Dewan Kampung Kusilad menempatkan seramai 81 mangsa daripada 20 KIR termasuk 40 dewasa, 35 kanak-kanak dan empat bayi.
“PPS Rumah Sonsogon Kampung Sosop Bai menempatkan 11 mangsa daripada tujuh KIR termasuk sembilan orang dewasa dan dua kanak-kanak.
“Di PPS Rumah Budaya Kampung Mandamai terdapat seramai 54 orang mangsa daripada 23 KIR termasuk 38 dewasa, tujuh kanak-kanak dan sembilan warga emas.
“Manakala PPS SK Dandun menempatkan 237 mangsa merangkumi 68 KIR yang terdiri daripada 199 warga emas, 38 dewasa dan 35 kanak-kanak,” katanya.
Antara jabatan yang terlibat dalam operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Penerangan, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Industri Getah Sabah dan Jabatan Pertanian.
Sementara itu, di PAITAN, seramai 61 mangsa banjir dari tiga kampung yang terjejas di sini dipindahkan ke PPS yang dibuka JPBD Paitan sejak Jumaat.
Berdasarkan maklumat daripada Sekretariat JPBD Paitan, kesemua mangsa banjir yang terdiri daripada 17 ketua isi rumah (KIR) merangkumi 22 dewasa, 30 kanak-kanak, tiga bayi, lima warga emas dan seorang OKU.
Seramai 42 orang yang terdiri daripada 12 KIR di Kampung Batangon Darat ditempatkan di PPS Pusat Komuniti Masyarakat Daerah Paitan, manakala 19 mangsa di Kampung Simpangan ditempatkan di PPS Masjid Kampung Simpangan.
Setakat ini JPBD Paitan mengaktifkan tiga PPS, termasuk PPS SK Lubang Buaya sekiranya terdapat mangsa yang terjejas di Kampung Lubang Buaya dalam masa terdekat.

