Mangsa bunuh 61 tikaman disahkan penuntut kolej - Polis

1 May 2026 • 11:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurfisya Zulkifly, 19, (tengah) disahkan polis sebagai penuntut sebuah kolej. Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Gadis berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman berhampiran kawasan sawah di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam Khamis disahkan sebagai penuntut di sebuah kolej tempatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa merupakan pelajar semester ketiga di kolej berkenaan.

Bercakap kepada Bernama malam Jumaat, beliau berkata, polis kini giat memburu suspek terlibat.

Katanya, motif kes bunuh berkenaan juga sedang dalam siasatan pihaknya.

Terdahulu, Mohd Yusoff dalam kenyataan memaklumkan, mayat seorang wanita ditemukan dengan 61 kesan tikaman di atas jalan berhampiran kawasan sawah Kampung Simah, Ketereh tengah malam Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan terbabit dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved